Showing posts with label Kisah Pengedar Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kisah Pengedar Shaklee. Show all posts

Friday, 12 October 2018

Shaklee - Part Time Business Paling Mudah dan Menguntungkan



Adakah anda mencari business yang sesuai untuk menjana pendapatan dengan mudah?

Tidak ada modal besar untuk memulakan perniagaan?

Takut gagal dan bankrup?

Tidak ada mentor untuk membantu anda memulakan langkah pertama?

Jangan risau..saya dan team sudi membantu anda berjaya dengan Shaklee.


KISAH SAYA DAN SHAKLEE

Sedikit cerita tentang saya. Saya seorang ibu kepada 4 cahayamata. Seorang pekerja swasta yang mempunyai peranan pelbagai dan memegang beberapa portfolio untuk 2 syarikat di mana jumlah keseluruhan cawangannya adalah 14 dan 4 cawangan respectively. 😲😲

Saya juga sedang berada dalam Semester Kedua pengajian PhD di UiTM. Juga merupakan seorang leader yang mencapai pangkat Senior Supervisor dalam salah satu kumpulan Shaklee yang paling top di Malaysia. 

Bunyi seperti tamak sangat ke? Semuanya nak. Mustahil boleh buat semua benda dalam satu masa!!

Jobscope kerja hakiki saya banyak. Kalau ikutkan workload, komitmen PhD dan urusan keluarga memang tak sempat nak buat part time business pulak.
Tapi, dengan Shaklee, TIDAK MUSTAHIL. Shaklee menyediakan business plan yang mudah. Mesra pekerja full time seperti saya. Setakat nak income tambahan dalam RM300- RM2,000 insyaAllah takde hal. Nak dapat lebih dari tu pun boleh. Asalkan usaha.
Sebab apa? Produk Shaklee ni tinggi repeat order. Memang orang consume dan beli setiap bulan. InsyaAllah permintaan sangat tinggi.
Yang penting..ha..ni sangat penting kalau anda ingin berkecimpung dengan business Shaklee..

1. PILIH GROUP YANG BETUL!
Alhamdulillah, Allah sangat baik kurniakan saya group Shaklee yang sangat best
☆Upline saya ramai yang buat full time Shaklee. 
☆ Group yang sangat supportive dan attentive
☆ Dah jadi Master Coordinator (ranking tertinggi dalam Shaklee) dengan income yang lumayan
☆ Mereka telah melahirkan ramai leader Shaklee dari mereka yang asalnya nak taip keyboard pun tak pandai, hingga boleh jadi leader dan berjaya mendapat customer dari merata pelusuk dengan teknik halimunan yang diajar.Wow!!
☆ Mentor yang sangat berkemahiran dalam bidang marketing dan online business, so anda tidak perlu nak pergi kelas marketing yang mahal2 tu. 
☆ Ada access yang cepat untuk meminta bantuan nasihat tentang nutrisi dari nutritionist dan para doktor yang ada dalam group besar Shaklee saya.

2. MOTIVASI YANG KUAT DAN KECEKALAN YANG TINGGI
♡ Buat apa jua perkara dalam hidup perlukan motivasi dan kecekalan yang tinggi
♡ Dalam group saya, insyaAllah anda akan dapat ini asalkan anda bersedia untuk dibimbing dan cepat bertindak
♡ Tidak mudah putus asa sekiranya ada sedikit ribut melanda. InsyaAllah ada pelangi yang indah buat anda

3. NIAT YANG BETUL
♧ Sebenarnya banyak fasa ups n down dalam business ni. Sebab kita kan manusia. Hati tu memang berbolak balik. Jadinya sekiranya anda mempunyai niat yang betul untuk berniaga, insyaAllah anda mudah untuk 'kembali ke pangkal jalan'.
♧ Macam saya, antara niat utama saya nak buat part time business Shaklee sebab SAYA NAK BANTU ORANG LEBIH SIHAT. Perasaan dia hanya Allah je yang tahu kalau customer kita bagitau ikhtiar dengan Shaklee, mereka berjaya hamil. Anak mereka sembuh dari eczema. Diri sendiri baik tendonitis dengan Shaklee, marginal keratitis cepat hilang dgn Shaklee. Ada sahabat yang ibu bapa mereka bebas batu karang asbab Shaklee. Dan banyak lagi. Allahu akbar. Segala puji hanya bagi Allah yang mengizinkan semua ini. Perasaannya memang sangat berharga. Speechless. Kadang sampai nangis terharu.😭😭😭
♧ Mungkin sebab tu Allah sangat baik hadiahkan saya bukan setakat upline power, anak2 cucu Shaklee yang hebat-hebat masyaAllah. Walaupun ibu Shaklee mereka ini bukanlah hebat berniaga. Masih merangkak. Tapi deep in my heart masih ada cita2 besar dengan Shaklee.
♧ Saya juga bekerja di sektor swasta. Tiada jaminan duit pencen bulan2 seperti pekerja awam. Jadi, saya fikir, ini insyaAllah boleh jadi jaminan pendapatan bulanan saya kelak. InsyaAllah.
So, kepada sesiapa sahaja, yang ingin berkecimpung dalam business Shaklee dan tidak tahu nak pilih group yang mana, percayalah, berada dalam group kami insyaAllah adalah pilihan terbaik untuk anda berjaya dalam business Shaklee.

Nak apa lagi? Shaklee ada 
🍀Produk berkualiti
🍀Halal dan kelulusan KKM
🍀Syarikat yang kukuh
🍀Jenama yang bertahan sejak 103 tahun yang lalu
🍀 Modal yang ciput RM75 je!!
🍀 Tiada paksaan. Anda bersedia, boleh jalan. Tak sedia, boleh tunggu dan lihat dulu kejayaan orang lain sampai meleleh air mata.😅

Hubungi saya segera untuk membina masa depan dengan Shaklee. 

 Pm Huda
Tekan sini

Yang benar,
0177790910
Huda
Makcik jual Shaklee part time
Shining Star Group

Wednesday, 29 November 2017

Pengedar Shaklee Dungun, Paka & Kerteh - Mesra & Berpengalaman (Penghantaran Seluruh Malaysia)

Assalamualaikum wbt.

Saya Ainul Huda dari Dungun ingin berkongsi dengan semua tentang kebaikan dan keberkesanan Shaklee dalam memberi perubahan kepada kesihatan dan kecantikan anda.

Sebagai pengguna Shaklee sejak tahun 2012, saya mempunyai pengalaman dan mengalami banyak perubahan kesihatan dengan ikhtiar produk Shaklee, Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga. 

Oleh itu, saya akan cuba untuk memberikan khidmat konsultansi yang berkesan dan terbaik kepada pelanggan saya melalui pengalaman dan ilmu yang saya peroleh dari kelas-kelas nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee.


Perubahan sebelum dah selepas menggunakan produk Shaklee

Penghantaran Produk Shaklee Terus ke Rumah

Saya bukan sahaja boleh bantu anda lebih sihat dan cantik, tetapi juga menyediakan khidmat penghantaran produk Shaklee sehingga ke pintu rumah anda.

Jangan bimbang, anda boleh dapatkan khidmat penghantaran pelbagai produk Shaklee dari Huda sendiri, Pengedar Shaklee kawasan utama Dungun, Paka dan juga di sesetengah kawasan di Kerteh, Kemasik, Kemaman, Bandar Ajil dan Kuala Berang. Juga menyediakan khidmat courier produk Shaklee terus ke rumah anda di seluruh Malaysia!


Saya akan pastikan anda semua akan mendapat manfaat berikut sekiranya anda membeli produk Shaklee dari saya.
  • Anda kenal pasti punca masalah yang anda hadapi.
  • Apakah produk- produk Shaklee yang memberi kesan yang lebih cepat.
  • Cara pengambilan produk Shaklee yang betul.
  • Cara pengambilan produk Shaklee yang jimat.
  • Kesan- kesan baik pada kulit dan kesihatan dari produk Shaklee yang anda ambil.
  • Tips kesihatan dan gaya hidup yang sihat.
  • Saya akan pastikan anda tidak mengecewakan doktor anda
Peluang Daftar Ahli Shaklee
Anda juga boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli.
Kenapa perlu bayar lebih sedangkan hanya dengan sekali bayar keahlian seumur hidup bernilai RM79.50 sahaja, anda boleh dapat sangat banyak kelebihan dari Shaklee: 
  • Penjimatan sehingga 15-25%
  • Cash Rebate
  • Sokongan yang padu dari ahli2 group
  • Konsultansi percuma dari Pakar Nutrisi Shaklee & Doktor2 perubatan 
  • Pemeriksaan kesihatan secara percuma di cawangan Shaklee 
  • Promosi-promosi hebat Shaklee
  • Peluang perniagaan melalui plan perniagaan yang sangat menarik
  • Pelbagai akses tentang ilmu kesihatan dan nutrisi 

Hubungi Saya
Apa tunggu lagi? Tidak ada yang mampu untuk mengubah nasib diri kita selain diri sendiri. Jom sihat dengan Shaklee!
PM Sekarang!

Monday, 2 October 2017

Hijrah Seorang Anak Kecil Berkat Ketabahan Ibu dan Ayah


Jangan mudah putus asa terhadap anak. Itu merupakan satu frasa yang amat mudah dilafaz, tapi sukar diamalkan.
Setiap ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibarat sehelai kain putih yang suci, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab melakar corak yang indah pada kain putih itu demi saham akhirat dan doa anak soleh dan solehah yang kita ibu bapa dambakan dari mereka.

Anak kami yang ke3, seorang yang agak pendiam bila bersama dengan orang tidak dikenali. Manja dan bijak. Dari seorang yang sgt sensitif bila ibu ayah sebut perkataan sekolah,school,uniform dan seumpamanya sehingga boleh mengakibatkan tantrum melampau tahap ayah pening kepala xboleh tdo,amukan handal menjatuhkan tv, kosongkan rak buku yg sarat, naik katil double decker n jatuhkan segala selimut, bantal dan cadar..
Kini Aisyah Imaani dengan rahmat Allah yang maha pengasih dan penyayang telah menjadikan anak kecil ini seorang yang cintakan sekolahnya, sentiasa tidak sabar untuk ke sekolah, mengemas sendiri beg sekolah malam sebelumnya, setiap hari bertanya esok cuti ke sekolah, nak pakai baju apa (ok,setiap malam pon tanya, ibu..sekarang ni cuti ke sekolah😂 dan kami perlu mengulang hampir setiap malam bahawa malam adalah waktu rehat, sekolah tutup😄😄), sangat ternanti2 majlis ihtifal tadika sebab nk buat psersembahan mcm abang, setiap malam juga diminta mengulangkaji matematik,little qari dan reading (yg paling best lps dah tutup lampu ayah dah landing, nak juga belajar matematik dengan ayah🤣🤣). Maka bangunlah kembali si ayah yg kepenatan demi anak tercinta.
Dulu saya amat mudah naik marah dan melenting..mungkin darah muda dan tidak tahu apa2 ttg ilmu parenting. Kini dah slow down sikit tapi masih banyak sgt lagi yg saya perlu belajar ttg parenting.
Yang pastinya rule of thumb yang saya belajar dari mereka yang berpengalaman, sayangilah anak2 kecil kamu dan berilah perhatian kepada mereka dan jangan mudah putus asa. Bila cukup umur mereka yang bersesuaian, didiklah untuk menjalankan tugas2 di rumah sama2 membantu ibu ayah menguruskan rumah tangga seperti membasuh pinggan, menguruskan kain baju baik lelaki mahupun perempuan. Yang paling penting, jangan mudah putus asa untuk mengajak mereka solat bersama. Anggaplah anak orang lain seperti anak anda dan jagalah kata2 kerana kita tidak tahu lagi bagaimana nasib kita. Ini saya belajar dari seorang rakan sekerja dulu. Dan saya perlu muhasabah perkara ini dan berpesan kepada diri saya setiap hari agar cepat2 istighfar sekiranya ada terlanjur kata.
Kami masih belajar dan terus ingin belajar untuk mendidik anak2. Mudah2an sentiasa tidak mudah putus asa dan dibantu Allah untuk sentiasa sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah sesuatu yang sukar bagi saya. 
Hijrah IbuBapa menjadi titik tolak hijrah anak kecil. Jom kita berhijrah menjadi ibu bapa yang sabar dan penyayang agar anak2 juga turut sama menjejak langkah..insyaAllah. Mudah2an hijrah ke arah kebaikam ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin...

Tips shaklee utk membantu mengawal stress 😘:
☆Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin B6. Kalau jenis susah hati je tak lalu nk makan tu..telanlah B complex shaklee tu. Bukan setakat B6..semua vitamin B ada 😃😃 at least bantulah kekurangan nutrition tu. 


Friday, 28 July 2017

Mengapa Produk Shaklee Tidak Dijual di Farmasi




Sape yang nak cuba produk Shaklee utk support kesihatan badan dan kecantikan kulit tu, janganlah malu2 nak tanya saya. Saya cuba yg terbaik untuk bantu anda. 
Walau badai dan fitnah melanda, Shaklee tetap menjadi pilihan hati ramai. Sebab ia produk bagus dan dari organisasi yang kuat. Dah bertapak sejak 1950an. Vitamin pertama dunia pun dihasilkan oleh Shaklee tahun 1915!
Ada juga yg xberani nk amek Shaklee sbb tak dijual di farmasi. Utk pengetahuan semua, ada sebab mengapa Shaklee tiada di farmasi. Shaklee adalah syarikat jualan langsung. Setiap negara mempunyai klausa dan peraturan Jualan langsung yg berbeza.
Berpandukan Business Manual Shaklee Malaysia utk para pengedar yg sah telah termaktub bahawa:
"4.4 Peraturan Jualan Langsung
Peluang dan Produk Shaklee direka khas untuk jualan langsung dan tidak boleh dijual atau dipromosikan kepada atau daripada stor runcit, secara langsung atau menerusi pihak ketiga.
Sebarang Pengedar Bebas Shaklee yg melakukannya boleh dikenakan tindakan penamatan serta merta dengan bersebab."
Sebab kedua ialah Shaklee adalah vitamin dan produk kesihatan pertama dunia. Produknya sangat berkualiti. Sekiranya Shaklee dijual dengan cara jualan runcit, maka banyak peringkat yang perlu dilalui sebelum smpi ke tangan pelanggan. Maka harga jualan juga akan menjadi sangat tinggi. 
Cth saya bagi vitamin C jenama BL***  500mg 90tablets RM66.90. So 1 tablet jatuh 74sen. 
Kalau Sustained Release Vita C 500mg 180tablets hanyalah RM97.50. Jatuh 54sen je 1 tablet dek. 
Murah ke mahal tu? Dapat free consultation pulak tu dr pengedar Shaklee yg rata2nya sangat baik hati

Kalau korg beli dr farmasi jarang sgt korg mintak no henfon kakak farmasi tu n mtk consultation after sales kan. Dengan kos parking, minyak lagi. Hehe..
Boleh jimat sikit.
Sekian sahaja dari kakak Shaklee Dungun.
Bukan senang kakak nk buat post pjg2 ni tau.😂😂 mujahadah..1 post few days baru siap😥
Sumber: website guardian

Saturday, 28 January 2017

KISAH PENGEDAR SHAKLEE DUNGUN - MENGAPA PERLU YAKIN DENGAN SHAKLEE?


Sejak mengandung anak pertama, saya mmg dah start2 survey supplement dan jamu utk dimakan semasa berpantang. Biasalah kan, pantang dan jamu bagai aur dengan tebing :p hehe.. tengah boyot2 tu punyalah survey jamu yg glamour dan mujarab..mtk bajet dgn husband skali dia tanya,dorg ni buat produk ade buat clinical research tak?gulp! Tak tahu den nk menjawab. Terpaksa lah buat muka sengih kerang busuk kat kakak jual jamu tu..huhu. Tak jadi nak beli. So mmg smpi la ni sy xpernah mkn jamu2 walaupun sebenarnya teringin.

Sejak mula2 try ambil Shaklee tahun 2012 masa buat part time Masters dulu mmg sy terpaksa cari supplements sbb tidur, rehat memang "haywire". Journals, assignments, exams, keje pulak account department masa tu..mengadap system n excel yg rekod bertahun2. Kene physical audit stock keliling 4 warehouse yg punyelah besar wpon memboyot 8 bulan. Alhamdulillah sangat vitamin banyak support badan saya utk kekal aktif dan sihat. Walaupun sibuk dengan kerja dan keluarga dan tidur yang singkat,saya masih mampu nak fokus dalam kelas pd hujung minggu dan alhamdulillah sgt sepanjang pengajian setiap sem dpt dekan dan beberapa sem dapat 4flat. Bukan sbb saya genius pun tp bila saya dapat fokus dalam kelas, saya dengar betul2 apa yg lecturer ajar,bolehla apply betul tips dan point2 penting yg lecturer dah bgtau kann.


Sekarang bila dah start jd ahli (dah rugi bertahun2 xjd ahli dari awal..huhu). Saya lebih yakin dengan organisasi Shaklee ini. Sbb bila dah start jual, lebih banyakla kajian dan bacaan yang perlu dilakukan. Sebab nak bantu orang lain sihat dan cantik juga. Kini baru saya tahu yang Shaklee ni sangat otai rupanya dlm industri. Sejak 1915 lagi 😱😱 Dr Shaklee dah buat vitamin (vitalized mineral a.k.a vitalea) dan dah mulakan konsep pemasaran MLM sejak tahun 1956. YaAllah..zaman pak kaduk lagi org dah makan shaklee rupanya.

Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pihak Shaklee demi memastikan kualiti dan keberkesanan produk mereka. Beribu2 ujikaji dilakukan setiap tahun dan lebih kurang sebanyak USD 300million telah diperuntukkan untuk kajian saintifik bg produk mereka.😱 Wow!! Shaklee is seriously doing their business! So inshaAllah saya lebih yakin dgn Shaklee.

Pernah juga suatu ketika saya memboikot dari mengambil vitamin Shaklee. Hmm..mesti ramai juga yang masih beranggapan sebegini. Utk ini saya mohon semua utk rujuk tulisan kawan saya yang makin famous bak retis ni di blog beliau:

Sape2 berhajat nk jadi lebih sihat dan bermanfaat utk keluarga,ummah dan negara, jom cuba shaklee♡♡ tak cuba tak tau..

Nak cari sumber utk side income pon boleh. Team shaklee saya sgt supportive.♡♡

Hubungi saya untuk mengubah nasib anda dengan Shaklee!

Huda
017790910


Set Kesihatan Shaklee

Copyright © AINUL HUDA - Supermom with Strong Willing & Great Dreams Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com