Adakah anda mempunyai keturunan sakit kronik? Anda bimbang anda
mempunyai risiko yang sama? Cuba untuk kawal makan tetapi tidak pernah berjaya
melawan nafsu. Terlalu sibuk dan tiada masa untuk menyediakan makanan yang
sihat di rumah. Sangat tertekan dengan kerja di pejabat sehingga tiada masa
untuk berehat, bertenang dan sentiasa tidak mempunyai tidur yang cukup.
Tahukah anda penyakit jantung merupakan punca utama kematian rakyat
Malaysia. Dari 146,000 jumlah kematian yang dicatatkan pada tahun 2014, lebih
52,000 kes kematian adalah disebabkan penyakit jantung. Manakala peratusan yang
tinggi sebanyak 73% berpunca dari penyakit tidak berjangkit iaitu penyakit-penyakit
kronik seperti jantung, kencing manis, kanser dan sebagainya.
Masalah ini adalah masalah yang sangat normal dan sangat banyak dialami
oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Di bawah menunjukkan statistik yang telah
dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) yang membuktikan penyakit
jantung adalah punca kematian utama rakyat Malaysia.
“Penyakit
jantung tidak mengenal usia. Ada lelaki berusia semuda 28 tahun dah alami sakit
jantung, manakala perempuan berusia semuda 32 tahun pun ada yang dah kena. Maka,
seeloknya ketahui risiko dan amalkan tips elak sakit jantung seawal mungkin.”
Apakah
tanda-tanda seseorang itu mempunyai sakit jantung?
- Ketidakselesaan pada leher, rahang, bahu,
atas belakang atau abdomen
- Nafas berasa pendek
- Sakit pada sebelah atau kedua-dua belah tangan
- Loya atau muntah
- Berpeluh
- Ringan kepala atau pening
- Keletihan luar biasa
FAKTOR
RISIKO UMUM SAKIT JANTUNG
1.
Faktor Risiko Tak Boleh Ubah (Irreversible)
·
Sejarah keluarga –
Penyakit ni biasanya disebabkan keturunan, kalau ibubapa anda pernah menghidap
sakit jantung, risikonya meningkat
·
Lelaki lebih berisiko
berbanding perempuan
·
Semakin berumur,
semakin meningkat risiko
2.
Faktor Risiko Boleh Ubah (Reversible)
·
Diabetes – Boleh
dikawal dengan kurangkan gula & mengambil ubat
·
Kehidupan sedentari /
tidak aktif – Pastikan anda kembali aktif dengan kurangkan duduk, selalu
berjalan, melakukan senaman & bersukan
·
Tekanan darah tinggi /
hipertensi – Kurangkan gula
·
Merokok – Berhenti
merokok jalan terbaik
·
Stres – Kurangkan
stres dan belajar pengurusan stress
Sebenarnya penyakit jantung boleh dicegah melalui pemakanan yang seimbang dan terkawal, gaya hidup yang sihat, rehat dan tidur yang mencukupi dan emosi yang terkawal.
1. LAKUKAN
SARINGAN KESIHATAN
Kalau boleh saringan kesihatan jantung
2-3 tahun sekali. Jangan tunggu bila dah sakit, baru nak pergi dapatkan khidmat
nasihat pakar.
2. KENALI
FAKTOR RISIKO ANDA
Boleh rujuk kepada faktor-faktor risiko
umum sakit jantung seperti di atas. Jika anda berisiko tinggi, sila
berhati-hati.
3. KEKALKAN
BERAT BADAN IDEAL
Kegemukan atau obesiti adalah punca
kepada kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan
bermacam-macam lagi. Ini adalah tips elak sakit jantung yang sangat penting.
4. AMALKAN
DIET YANG SIHAT
Jaga pemakanan anda dan kalau boleh
kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Kalau boleh ikutlah
piramid makanan yang disyorkan.
5. BERHENTI
MEROKOK
Bagi perokok-perokok di luar sana,
berhentilah tabiat tidak sihat ini. Tips elak sakit jantung ini mungkin tidak
begitu mudah bagi perokok tegar.
Namun, bukan sahaja badan anda akan
menikmati kesannya, orang di sekeliling anda pun pasti menghargainya.
6. KEKAL AKTIF
Dengan gaya hidup yang sedentari
terutama sewaktu waktu bekerja, ramai di antara kita yang duduk sahaja di depan
komputer selama berjam-jam lamanya. Cuba bangun setiap 30 minit dan berjalan
sedikit sebelum sambung membuat kerja anda.
7. BELAJAR CPR
Biasa kita tengok di dalam filem atau
pun drama siri, apabila seseorang itu sakit jantung dan rebah; akan ada
seseorang yang akan melakukan CPR bagi menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.
*Tips
Bonus – Eh
ada bonus pula? Dari segi aspek kesihatan, ‘mencegah lebih baik daripada
merawat’ adalah sangat benar. Selain daripada mendapatkan khidmat doktor setelah terkena serangan sakit jantung, adalah lebih baik kita
mencegahnya terlebih dahulu.
Shaklee mempunyai formulasi yang telah diperbaharui dengan kandungan nutrisi yang terbaik. Saya senaraikan produk Shaklee yang sangat bagus untuk langkah awal mencegah serangan jantung.
1. COQ-Trol
Coq Trol mengandungi Co-Enzyme Q10 yang sangat bagus untuk jantung. Ia mampu memberikan tenaga pada sel badan kita terutamanya di bahagian jantung. COQ10 bantu menguatkan otot jantung, memberi peredaran darah yang sihat, mengurangkan risiko penyakit jantung dan memberi tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin (ubat sakit jantung). Seterusnya salah satu cara paling mudah untuk elak serangan jantung.
Shaklee mempunyai formulasi yang telah diperbaharui dengan kandungan nutrisi yang terbaik. Saya senaraikan produk Shaklee yang sangat bagus untuk langkah awal mencegah serangan jantung.
1. COQ-Trol
Coq Trol mengandungi Co-Enzyme Q10 yang sangat bagus untuk jantung. Ia mampu memberikan tenaga pada sel badan kita terutamanya di bahagian jantung. COQ10 bantu menguatkan otot jantung, memberi peredaran darah yang sihat, mengurangkan risiko penyakit jantung dan memberi tahap tenaga yang semakin baik untuk mereka yang mengambil statin (ubat sakit jantung). Seterusnya salah satu cara paling mudah untuk elak serangan jantung.
2. Vivix
Vivix mengandungi polifenol yang terbukti memperbaiki sel yang rosak. Mampu mengurangkan keradangan dalam salur darah selain menggalakkan lapisan salur darah yang sihat. Polifenol juga amat bagus dalam menggalakkan tekanan darah yang sihat dan mengekalkan kadar pembekuan platlet yang sihat.
Omega Guard mengandungi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA yang terbaik yang boleh membantu menurunkan tahap trigylcerides yang seterusnya membantu menurunkan tahap kolesterol. Omega juga sangat baik untuk membantu anda menaikkan tahap HDL (kolesterol baik) yang diperlukan oleh badan kita. Omega juga membantu anda memecahkan lemak dalam badan. Bagaimana Omega menyokong kesihatan jantung? Dengan mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok. Selain itu, ia membantu mengekalkan darah dan irama jantung yang sihat.
Hubungi Huda segera untuk mendapatkan produk Shaklee bagi mengekalkan kesihatan jantung anda.😉
![]() |
0 comments:
Post a Comment