Sunday, 22 October 2017

Cara Terbaik Mengatasi Kurang Nafsu (Libido) Selepas Bersalin Dengan Berkesan dan Selamat


Pernahkah anda mengalami masalah kurang ‘selera’ atau kedinginan untuk bersama suami untuk tempoh tertentu selepas bersalin? Jangan risau. Ini adalah normal bagi kebanyakan wanita. Hal ini kemungkinan terjadi disebabkan trauma bersalin masih belum hilang dari ingatan, ngilu di bahagian intim, tak cukup tidur, vagina kering, dan lain-lain. Jarang skali atau mungkin ada yang tak tahu ia berpunca dari hormon breastfeeding.

Sebelum tu. Adakah anda tahu apakah maksud libido? Libido adalah keinginan seks ye ibu-ibu sayang 😊. Mungkin ramai yang sudah tahu hormon seperti prolaktin, estrogen dan oxytocin sangat bagus untuk penyusuan. Tapi dalam masa yang sama hormon-hormon ni menjadi salah satu sebab kenapa ibu menyusu "dingin untuk bersama". Jadi usahlah berasa  gusar. InsyaAllah ada penyelesaiannya.

Ketika proses penyusuan, tubuh kita menghasilkan hormon proklaktin yang tinggi. Hormon prolaktin yang tinggi ini telah menyebabkan keinginan seks berkurangan. Akibat daripada ini level testosterone dalam ibu menyusu juga turut semakin berkurangan. (Testosterone adalah hormon lelaki yang memainkan peranan untuk meningkatkan libido wanita.)

Hormon proklaktin ini sebenarnya hormon yang baik, malah dikatakan hormon cerdik. Ia berfungsi untuk menghalang proses ovulasi bagi mengelakkan hamil terlalu cepat. Biasa dengarkan ada pendapat mengatakan jika nak jarakkan kehamilan, susukanlah bayi secara keseluruhan atau orang putih kata fully breastfeed.

Selain itu, hormon estrogen yang berada pada paras yang sangat rendah dalam tubuh ibu menyusu turut menyebabkan libido ibu menyusu menurun. Antara kesan apabila hormon estrogen menjadi sangat rendah ialah proses ovulasi boleh terhalang, vagina menjadi kering dan keinginan seks berkurangan.

Jadi...para suami juga tolong ambil perhatian! Bukan isteri dah tak tertarik nak bersama tetapi hormon mereka yang jadi penghalang dan factor utama yang menyumbang kepada masalah negara ini 😊.

Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan membantu isteri dan diri anda semua wahi para ibu, ialah dengan pengambilan makanan tambahan (supplements) yang boleh membantu meningkatkan tahap libido anda.

Terdapat beberapa vitamin yang dapat membantu meningkatkan libido wanita dan juga lelaki. Antaranya :

👉 Vitamin E
Vitamin E ni memang tak asing lagi malah ramai menggelarkan ia vitamin cinta. Vitamin E dikatakan dapat meningkatkan libido, meningkatkan level testosterone dalam badan dan mencegah sexual dysfunction yang berpunca dari ketidakstabilan hormon.



👉 Selenium
Selenium membantu mengeluarkan lendir ketika bersama sekaligus membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas bergaya. Ia juga bersifat antioksidan untuk menghapus radikal bebas. Nutrien ini terdapat di dalam Vitamin E complex (gambar di atas) dan juga Vitalea (gambar di bawah).





👉 Alfalfa
Alfalfa membantu menghasilkan hormon estrogen yang mencukupi dalam tubuh, membantu meningkatkan pelincir semulajadi wanita, membantu masalah kedinginan selepas bersalin dan merapatkan vagina.


👉 Gla Complex
Mengandungi vitamin E yang membantu menghasilkan cecair serviks yang subur. Gla Complex juga membantu menstabilkan hormon dan membetulkan kitaran haid.


👉 B COMPLEX

B complex membantu meningkatkan libido, membekalkan tenaga dan memperbaiki mood terutama ketika bersama.

Hubungi saya Ainul Huda di talian 017-7790910 bagi mendapatkan khidmat dan konsultansi terbaik bagi mengatasi masalah anda. Nasihat saya kepada yang mengalami masalah kedinginan bersama suami ini, segeralah untuk dapatkan rawatan demi mengelakkan masalah yang lebih buruk terjadi kepada rumah tangga. Sayangi rumah tangga anda. Bertindak segera 💗💗


0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Google+ Followers

Set Kesihatan Shaklee

Copyright © AINUL HUDA - Supermom with Strong Willing & Great Dreams Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com